Demascus di IKIM.fm!






Assalamualaikum,

Berita terbaru buat semua. Kumpulan Demascus bakal berada di studio IKIM pada malam ini (16/10/2009). Demascus akan ditemuramah oleh DJ IKIM bagi slot siaran jam 10 malam sehingga 12 tengah malam.

Buat pengetahuan semua, lagu Tidur Bangun Dengan NamaMu dan Nur Ramadhan kini sudah pun mula diperdengarkan oleh radio IKIM sejak lebih sebulan yang lalu.

Anda boleh mendengar IKIM secara online di sini.

Frekuensi Radio IKIM.fm:


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua pembaca,



Warga Demascus ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin khas buat semua pengunjung setia blog Demascus. Ampunkanlah sekiranya ada terkasar bahasa mahupun tersalah tutur kata. Sesungguhnya di bulan Syawal yang mulia ini, marilah kita bermaafan sesama sendiri dan lupakan segala sengketa lama.

Demascus @ Majlis Berbuka KLIUC


Assalamualaikum sahabat2 Demascus.

Pada 9 September yang lepas, Demascus telah membuat persembahan sempena Majlis Berbuka Puasa anjuran Drum Circle Club,KLIUC dan Chow Kids dari Yayasan Salam Malaysia bertempat di Dewan De Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya Presint 10.Tema pada malam tersebut ialah "Humanity Through Charity" .

Demascus telah menyampaikan dua buah lagu bersesuaian dengan suasana majlis makan malam, berjudul Nur Ramadhan dan Semalam.Bersama-sama dengan Demascus pada malam tersebut ialah Mirwana, Ana Raffali, kumpulan Drum Circle dari KLIUC, E-Man dan kumpulan nasyid KLIUC, An-Nur. Mirwana menyanyikan dua buah lagu berjudul Hikmah Kembara dan Seruan Lima Waktu.

Alhamdulillah, persembahan berjalan dengan lancar. PA sistem tidak lah sebaik konsert dan kurang dapat didengari secara jelas terutama hadirin di belakang. Tapi secara keseluruhannya tidak kelihatan cacat sepanjang persembahan oleh semua artis berlangsung.

Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemput kami membuat persembahan, dan juga kepada kumpulan Mirwana yang bersama-sama kami membuat penampilan di malam tersebut.Tidak dilupakan kepada Kamz dan Syadiyah yang menemani Demascus sepanjang program tersebut berjalan.

Semoga Allah memberikan keberkatan pada majlis-majlis sebegini di bulan yang mulia ini, amiin.


Singgah di Kebun Ramadhan

*Dipetik dari blog Edry Demascus, Demipena.com




“Aku mengunyah butir debu-debu yang garing di kebun tamarMu”

Petikan bait daripada lagu Nur Ramadhan nyanyian Demascus tersebut cukup menjentik jiwa saya. Lirik indah hasil tangan abang Ito Lara itu pertama kali saya bacanya ketika proses latihan sebelum rakaman lagu tersebut. Pada pandang pertama saya cukup tertarik dengan metafora yang digunakan abang Ito Lara.

Ramadhan merupakan ‘kebun tamar’ Tuhan. Tuhan membuka ‘kebun tamar’ itu buat kita hambaNya untuk masuk dan menikmati kelazatan tamar-tamar di situ. Sungguhpun begitu, masih ramai antara kita menghabiskan masa di kebun tersebut mengunyah butir debu.

Di dalam kebun Ramadhan, kita kadangkala gagal menikmati kelazatan buah-buahannya sebaliknya terus menikmati debu yang kotor. Ramadhan yang datang bersama gandaan rahmat Tuhan kita habiskan dengan sekadar berlapar memenuhi adat sekitar.

“Nanti orang lain puasa, aku tak puasa, mesti kena bahan punya. Baik berpuasa sama”

Mungkin secara tidak sedar itulah bisikan halus jauh di sudut hati kita. Berpuasa kerana adat, bukan ibadat. Berpuasa kerana menghambakan diri kepada ‘cakap-cakap’ manusia, bukan Tuhan. Akal mungkin menidakkan tetapi hati selesa berpandangan sebegitu.

“Hari ni Abang Long nak makan puas-puas, lepas ni sebulan dah tak makan” kata saya pada ibu ketika masih kecil.

“Hish ada pulak macam tu. Puasa ni bukan pasal makan dan minum je!” sanggah ibu.

Klik untuk sambung baca

Demascus dalam album kedua Mirwana!

Assalamualaikum sahabat2

Ramai yang tertanya-tanya tentang album Mirwana yang kedua,bila akan diterbitkan? Sudah siap atau belum?

Alhamdulillah,berita daripada Akmal Mirwana bahawa kesemua 11 buah lagu telah pun siap di rakam dan kini melalui proses Mixing dan Mastering di studio Greg Henderson.

Untuk pengetahuan sahabat2, Demascus juga terlibat untuk salah satu lagu dalam album Mirwana yang akan datang. Lagu berjudul " Bukti Cinta" menampilkan Edry yang menyanyikan bahagian rap dalam lagu tersebut. Demascus juga menyumbangkan lirik untuk bahagian korus lagu Bukti Cinta.

Mesej lagu Bukti Cinta adalah mengenai isu Gaza dan persoalan,apakah usaha dan bukti kita sebagai muslim untuk membantu rakyat Palestine?Bukan sekadar kata-kata kosong, tetapi perlu dizahirkan dengan beribadah dan cinta kepada Tuhan yang Esa.
Bukti Cinta dipersembahkan dalam bentuk pop moden dan di adun dengan bunyi seruling oleh MOHAR.

Secara keseluruhannya, album Mirwana yang terbaru akan menampilkan muzik yang jauh lebih matang daripada album yang pertama, bunyi yang lebih antarabangsa dan nyanyian yang lebih dinamik.Walaupun beberapa lagu seakan-akan bunyi BoyzIIMen, tetapi Mirwana bijak dalam menonjolkan karakter vokal solo dan berkumpulan mereka.Seperti yang pernah Akmal Mirwana katakan bahawa Mirwana mahu mempersembahkan nasyid yang lebih 'advance', terbukti dalam album kedua mereka ini.

Kalau mahu dengar lagu Bukti Cinta dan lagu-lagu lain yang terkandung di dalam album Mirwana-Bumi Akhir Usia, janga lupa dapatkan album tersebut yang akan berada di pasaran selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Untuk sahabat-sahabat, kami lampirkan lirik bahagian rap oleh Edry dan korus lagu Bukti Cinta.

Rap*(nukilan Edry)
Kau boleh susun kata cinta seindah rumi
Kau boleh gambarkan dengan kata seluas bumi
Tapi hakikat terlihat tak hanya ucapan dan ungkapan
Jika zahir tak menunjuk jalan
Amalam yang jadi bukti cinta sejati
Bukan cuma ayat manis atau coret puisi
tapi hati terisi iman tak belah bahagi
Menjelma jadi perjuangan tak kenal berhenti
AKhlak menjadi cermin
Tuhan sentiasa hadir bukan sekadar Ratib
Cinta hiasi bibir diselak tabir jiwa
wajahnya pada tindakan serlahkan rupa cinta
bukan palsu solekan

Korus
Derita sengsara yang memusnah jiwa
Dengan tabah kau harungi jiwa
Tiada rintihan tiada rungutan
Tempuh halangan

Darah yang mengalir
Membasahi bumi
Namun langkahmu takkan terhenti
Demi mperjuangan demi menegakkan
Kalimah Tuhan

Persembahan Demascus@ MMU ConvoFest 2009 Appreciation Dinner

Assalamualaikum sahabat2 Demascus,



Pada 16 Ogos yang lalu, Demascus telah membuat persembahan di Kelab Tasik Putrajaya bersempena dengan "Appreciation Dinner" Convofest anjuran komiti-komiti Convofest. Untuk makluman, majlis tersebut adalah majlis tertutup dan dihadiri oleh komiti-komiti Convofest ,Multimedia Universiti Cyberjaya. Turut memeriahkan majlis pada malam itu adalah kumpulan Infinitez dan Altimet(penyanyi lagu 'Chantek').

Alhamdulillah, Demascus dapat makan free malam tersebut, terima kasih kepada pengarah program, Mansur dan komiti persembahan seperti Wan Aisyah,Fid,Sham dan yang lain-lain. Demascus menyampaikan 2 buah lagu iaitu Nur Ramadhan dan Semalam.



Walaupun persembahan kami terlajak satu slot, tapi tiada masala buat kami dan kami berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak penganjur.Biasalah,pasti ada yang tersilap walau sebesar mana pun program yang dianjurkan.

Apabila melihat kawan-kawan lama yang masih berada di MMU, rindu kami mula berputik pada kampus yang telah memberikan 1001 kenangan yang pasti tidak dapat kami lupakan. InsyaAllah, ada rezeki akan bertemu lagi.

Appreciation Dinner MMU ConvoFest 2009

Assalamualaikum...


Demascus bakal membuat satu lagi persembahan pada malam Appreciation Dinner MMU Convofest 2009 bagi memeriahkan lagi majlis ini. Ini merupakan sebuah majlis tertutup khas untuk komiti-komiti ConvoFest MMU yang telah berpenat lelah menguruskan majlis konvokesyen MMU awal bulan Ogos lepas.

Majlis : Appreciation Dinner MMU ConvoFest 2009
Tarikh : 16 Ogos 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Clubhouse, Putrajaya
(Majlis tertutup khas untuk komiti ConvoFest MMU 2009)

Pemergian Asri Ibrahim


Ahli Demascus terkejut besar apabila mendengar berita tentang kematian vokal utama kumpulan Rabbani, Asri Ibrahim. Beliau dikhabarkan meninggal kerana sakit jantung di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi lapor laman web Berita Harian.

Allahyarham Asri Ibrahim dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Kami merasakan satu kehilangan yang cukup besar buat penggiat seni tanah air kerana sumbangan beliau yang menjadi ikon kepada umat islam. Vokal beliau yang cukup unik, keras, dan bertenaga menjadikan beliau seorang penyanyi yang disegani dan tiada penggantinya. Kekuatan vokal beliau juga terletak pada gaya lenggok tarannum samada ketika menyanyi, membaca alquran dan azan.

Mahu atau tidak, masyarakat terpaksa menerima hakikat bahawa beliau sudah tiada dan suara lunak allahyarham kini menjadi 'legend'. Konsert terakhir beliau adalah pada 1 Ogos yang lalu di Konsert Antara Dua Dunia, Stadium Melawati Shah Alam dimana ketika itu Demascus membuat persembahan di USIM untuk konsert MISI 09 di Stadium Nilai.

Telah terbukti, suara allahyarham bukan sahaja sesuai untuk irama nasyid, tetapi lagu yang berentak pop,rock, dan balada. Semoga Allah merahmati pemergian beliau..

Klik untuk melihat Konsert terakhir allahyarham Asri Ibrahim