Perform Lagu Semalam (akustik)
Monday, April 28 at 2:21 PM Labels: demascus, semalam
Pada 26 April 2008, pihak Institusi Usrah dari Multimedia Universiti telah menjemput Demascus untuk menyampaikan persembahan. Bertempat di Grand Hall MMU cyberjaya, program tersebut adalah majlis makan malam yang menggabungkan Institusi Usrah kampus Melaka dan Cyberjaya, dan turun memberikan penghargaan kepada ahli-ahli mereka.
Majlis makan malam ini adalah antara program yang memberikan kenangan indah buat Demascus, kerana telah berjaya menyampaikan lagu Semalam secara live dengan jayanya.Lagu ini adalah pertama kali di persembahkan di bumi Cyberjaya, dan versi akustik adalah versi yang tidak pernah dibawa oleh mana2 kumpulan artis lain. Sebelum ini, versi acapella pernah dibawa oleh kumpulan mirwana, dan lirik adalah gubahan mereka sendiri.
Terima kasih tak terhingga kepada peminat yang memberikan sokongan, dan kepada pihak penganjur kerana menjemput kami.Terima kasih juga kepada Mr Aizam dari melaka kerana membantu kami assist Mixer di bilik technician.
Wednesday, April 16 at 1:30 PM Labels: demascus, tidur bangun dengan namamu, video