Demascus - Nur Ramadhan

Alhamdulillah akhirnya saat yang dinanti-nantikan telah tiba. Lagu Nur Ramadhan telah berjaya disiapkan dan kini anda boleh mendengar lagu ini secara rasmi di sini. Terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus dalam menghasilkan Nur Ramadhan.





A. Synopsis (In Malay)

Perbezaan antara orang yang suka dan menunggu Ramadhan serta mengambil manfaat di setiap inci Ramadhan dengan orang yang sebaliknya. Orang yang rugi bagaikan mengunyah debu di kebun tamar sedangkan mereka yang untung memakan buahnya yang manis lagi lazat...

- Ito Lara -

B. Lyrics

Edry
Rap
Rindukan rahmat tuhan
Harap belas kasihan
Terungkap kata
Hati bersuara
Rintih luahan insan
Semalam berlalu pergi
Terlalu sepi
Tak dapat di nafi
Hati terus mencari
Damai yang pernah
Singgah pelengkap
Tahun melengkap jauh
Jauh ke sudut kalbu
Tersusur harapan
Menanti ramadhan
Mengharap butir ampun

Miff
Verse 1
Terasa begitu cepat
detik waktu berlari
dan musim pun berganti

Miff
Verse 2
Tak sempat ku merenungi
dalam wadah maknawi
Nur Ramadhan yang pergi

Amal
Pre Chorus
Aku mengunyah butir debu-debu
Yang garing di kebun tamarMu

Iki
Chorus
Terlalu mudah aku melepaskan Ramadhan berlalu
Tanpa walau secubit rasa kerinduan berbekas di kalbu

Fa
Bridge
Musafir yang damba Ramadhan
Menanti dengan getar rindu tertahan
Menyambutnya penuh kesyukuran
Menatang rahmat iman di lembar al-Quran

Omitted Words
(Di siang yang menyala
Berlapar dan dahaga
Sedikit tak terdera hanya rasa cinta
Di cermin bahagia

Kalimah yang diutus
Mengalir tak terputus
Di malam nan berkabus doa-doa kudus
Mengisi tafakur)

Edry
Rap
Pernah kutinggalkan kau
Tanpa beralas syukur
Lalu lebur peluang terkubur
Rindu kemudian subur
Pernah ku abai nikmat
Damai yang hadir hinggap
Kini kusingkap tirai dan tingkap
Perbetul tiap silap
kan kupastikan ramadhan
Berlalu dengan makna
Tarbiyah taqwa tersisip
ke tiap inci nyawa
Ku bimbang tiada esok
Untuk ku sambut lagi
Bulan tercinta pendamai jiwa
Limpah rahmat Ilahi

C. Credits

Artiste: Demascus
Composition: Muhamad Akmaluddin Samsudin (Mirwana)
Lyrics: Aliflamra (Gurindam Entertainment), Edry Faisal (Demascus)
Music Arrangement: Kausar (Alam)
Vocals Arrangement: Aziz (Al:Masaar), Demascus & Fatih (Indonesian A Cappella Band)
Recording & Pre-Mixing Editing Engineer: Aziz (JIMedia)
Recording Studio: JMC (JIMedia Centre) Studio
Recording & Pre-Mixing Editing Studios: JMC (JIMedia Centre) Studio & XQ8 Media Studio
Mixing Engineer: Greg "Syafiq" Henderson
Mixing Studio: Greg's Home Studio
Producer: Abdul Aziz Nordin (JIMedia)
Executive Producer: Wan Mohd Zukri Che Mat Zin (JIMedia)
Production: JIMedia

Lagu Nur Ramadhan di Majlis Berbuka Puasa Hidayah Centre

Assalamualaikum. InsyaAllah, lagu Nur Ramadhan akan dipersembahkan oleh Demascus buat pertama kali di Majlis Berbuka Puasa untuk Saudara baru anjuran Hidayah Centre dan Jemaah Islah Malaysia. Walaupun hasil terakhir lagu tersebut tidak sampai lagi di tangan kami setakat ini, insyaAllah kami akan memberikan yang terbaik buat penonton. Antara butir2 program ialah:

InsyaAllah lagu Nur Ramadhan akan siap sepenuhnya pada 20 September. Segala update akan dimuatkan di blog Demascus insyaAllah

The Tidur Bangun Dengan NamaMu MTV!!

Assalamualaikum

Akhirnya, MTV yang ditunggu-tunggu sekian lama kini muncul!! Hadiah di bulan Ramadhan ini amat bermakna buat kami, kerana bersusah payah mengharungi rintangan menghasilkan MTV ini, akhirnya tercapai juga.



Jika tak dapat 'view' video di atas, anda boleh ke link ini : http://www.youtube.com/watch?v=O4Rbr9jt1kM


Untuk muat turun, sila pilih option di bawah :

Demascus- TBDN (MTV) _ small (12mb)-lo quality
Demascus- TBDN (MTV)- large (40mb)-hi quality / link2 (klik sini jika ada masalah untuk muat turun)


10 Fakta-fakta tentang MTV Tidur Bangun Dengan Nama-Mu:
  1. Artis: Demascus
    Krew: Demascus, Rubiah Yunus, Nadhirah
    Pengarah: Redha Fansuri Ahmed Fauzi
    Penerbit: Abdul Aziz Nordin (JIMedia)
    Penerbit Eksekutif: Wan Mohd Zukri Che Mat Zin (JIMedia)
    Terbitan: JIMedia

  2. MTV Tidur Bangun Dengan NamaMu melibatkan kos sebanyak RM500

  3. Tempat rakaman ialah di balkoni bangunan STAD, MMU Cyberjaya

  4. Teknik 'Green Screen' digunakan sebagai latar penggambaran

  5. Penggambaran memakan masa 2 hari penuh

  6. Seorang ahli Demascus mengambil sekurang-kurangnya 20 shot, tidak termasuk shot berkumpulan

  7. Cabaran yang dihadapi ialah beberapa scene yang tidak sesuai setelah first preview, dan file 'raw' yang hilang.

  8. Lagu Tidur Bangun Dengan NamaMu ini ditujukan kepada Rumah Perlindungan Remaja Puteri Raudhatussakinah, Sungai Buloh

  9. JIMedia, penerbit MTV ini merupakan salah satu cabang organisasi JIM (Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia)

  10. Tema hitam putih dalam video klip melambangkan mesej tidur dan bangun dalam lagu tersebut

Info lagu Tidur Bangun Dengan NamaMu:


Artis: Demascus

Hadis Nabi S.A.W.
Lagu: Xifu Naser (Copyright: A. Naser b. A. Rahman)
Lirik: Xifu Naser (Copyright: A. Naser b. A. Rahman)
Susunan Muzik: Muhamad Zulkarnain Jamaluddin
Susunan Vokal: Aziz (Al:Masaar) & Hamzah Kamaruzaman (Al:Masaar)
Vokal Latar: Demascus
Rap (Penyanyi, Penerbit & Penulis): Edry dari Demascus
Jurutera Rakaman Vokal Utama: Amir (E.Y.E)
Studio Rakaman Vokal Utama: Quantize Studio
Jurutera Rakaman Vokal Latar: Aziz
Studio Rakaman Vokal Latar: JMC (JIMedia Center) Studio
Juruadun: Muhamad Zulkarnain Jamaluddin
Studio Adunan: JMC (JIMedia Center) Studio
Penggambaran Demascus: Tekong
Penerbit: Abdul Aziz Nordin

Lagu ini dikompilasikan dalam album Aku Ori Bukan Fotokopi terbitan bersama JIMedia, Wanita JIM, Jawatankuasa Pembangunan Remaja JIM, & Raudhatussakinah, dan juga menampilkan beberapa kumpulan lain iaitu Devotees, The Wayfarers, Raz dan Crescendo, bertujuan mengutip dana bagi membangunkan Pusat Perlindungan Remaja Puteri Raudhatussakinah, di bawah kelolaan Wanita JIM.


Diharap semua pendengar dapat memberikan komen2 untuk MTV ini. Walaupun tak sempurna, tapi kami telah lakukan yang terbaik dengan batasan masa, kewangan dan tenaga yang ada. Terima kasih atas sokongan anda!!

See also :
Sekitar penggambaran klip video TBDN
Video Klip TBDN Ideation Meeting

*kredit kepada Tekong atas bantuan 'altec lansing' beliau

Sudah Di Mana Perjuangan Puasa Kita?

*dipetik dari blog Edry Demascus

“Dugaan apa yang terasa macam berat tu?”


“Dugaan diri sendiri.”


“Maksud you dugaan berdepan dengan nafsu?”


“Ya, it is not that easy.”


“Hehe melawan nafsu diri sendiri sememangnya lebih susah daripada melawan Hulk Hogan!”


Begitulah lebih kurang perbualan saya dengan seorang sahabat yang sedang berjinak-jinak dengan puasa. Saya sangat mengkagumi kegigihannya cuba mendalami ajaran Islam. Saya tertarik dengan ‘misinya’ untuk memahami Islam terlebih dahulu. Sebelum menyertai hamba-hamba Tuhan yang tunduk dan berserah kepada Tuhan yang satu (Muslim). Hinggakan kadangkala saya melihat kesungguhannya melebihi kesungguhan sebahagian kita yang berpuas hati sekadar menerima Islam secara warisan.


Di saat semakin banyak Muslim warisan lesu, memilih tidak berpuasa atas pelbagai alasan. Letih, lapar, tak tahan. Malah ada yang sengaja tidak mahu kerana tidak nampak untuk apa dia berpuasa. Sahabat saya itu sudah merenungi puasa melebihi pandangan lapar dan dahaga. Sudah merenungi perihal bertarung dengan nafsu.


Betapa malunya Muslim warisan yang Islamnya sekadar kerana orang tuanya Islam!


Melihat keadaan sahabat saya tadi, saya merasakan perjuangan dalam puasa itu boleh dipecahkan kepada dua kelompok asas.


Kelompok pertama adalah mereka-mereka yang masih menjaga puasa sekitar hal fizikal semata. Menjaga puasa sekitar hal batal atau tidak, melihat hanya lesu atau menyegarkan. Selebih dari itu tidak pula direnungi. Oleh itu jadilah mereka orang-orang yang berpuasa tetapi tidak berusaha menjaga hati, fikiran dan keinginan.


Bayangkan mereka yang tewas pada peringkat awal ini lagi. Untuk berpuasa pun beralasan tak larat, letih, tak berupaya dan bermacam sebab. Lalu terus memilih tidak berpuasa. Tentu jauh sekali bagi mereka ini dapat mendisiplinkan hati, fikiran dan keinginan. Akhirnya mereka bukan lagi hidup, tetapi sekadar hidup-hidupan.


Kelompok kedua. Di tahap yang lebih baik apabila seseorang itu bukan sekadar melihat puasa sekitar hal batal atau tidak. Ia juga merenungi aspek rohani puasa itu. Berusaha menundukkan keinginan dan nafsu. Berusaha mengelakkan sikap-sikap negatif seperti mudah marah. Berusaha menundukkan pemikiran dan hati daripada melanggar perintah Allah SWT.


Jadi sudah sejauh manakah usaha puasa kita? Apakah barangkali lebih teruk daripada seorang bukan Islam yang baru bermesra-mesra dengan Islam?


Saya mengingatkan terutama sekali diri saya. Dan Saya kongsikan juga dengan para pembaca. Ramadhan masih berbaki 15 hari lagi untuk pecutan terakhir bagi menggondol piala. Sayang sekali kalau pada waktu ini yang disibukkan adalah bergoyang menikmati lagu Hari Raya. Ternanti-nanti hari yang mungkin tidak layak kita raikan. Kerana jiwa, hati dan akal masih belum kembali kepada keadaan fitrah. Wallahua’lam.

Rakaman Terakhir Nur Ramadhan




Alhamdulillah pada 5 pagi, 13 September 2008 , tamatlah rakaman untuk lagu Nur Ramadhan di Studio JMC. Setelah berpenat lelah merakamkan lagu ini di studio, lagu ini akan di hantar ke Greg Henderson untuk proses Mixing dan Mastering. Miff, Iki, Edry, Fa, Amal sangat berpuas hati dengan rakaman terakhir lagu Nur Ramadhan.


Proses rakaman yang dikendalikan oleh Abg Aziz Al:Masaar ini akan menemui sahabat2 selewat-lewatnya pada 10 terakhir ramadhan. Seperti lagu Januari yang diputarkan oleh radio2 pada bulan lain, lagu Nur Ramadhan ini diharap akan menjadi halwa pendengar bukan sahaja pada bulan Ramadhan, tetapi pada bulan zulkaedah, zulhijjah dan bulan2 lain.

Proses rakaman yang sangat 'complicated ', dengan melibatkan sekurang2nya 80 layer vocal diharungi Demascus dengan tabah dan sabar. Semoga lagu ini akan menjadi hadiah terbaik dan bekalan untuk 10 malam terakhir ramadhan, dan menjadi pengajaran untuk bulan-bulan yang lain. Amiin....

Rakaman di studio

Assalamualaikum. Di sini dikongsi bersama sedikit gambar-gambar ahli demascus ketika merakamkan lagu Nur Ramadhan. Setakat ini sudah 11 sessi rakaman dijalankan. InsyaALlah Demascus akan buat yang terbaik...


Abg Aziz Al-Masaar meng'edit' suara2 Demascus


Huzaifah dan Edry berbincang part mana yang akan diambil dalam lagu Nur Ramadhan


Amal merakamkan part beliau



Berposing dalam studio..macam tak pernah masuk jek..


Edry merakamkan part rap di awal dan akhir lagu.


Gambar iki tidak dijumpai. Andai jumpa, kami akan post eheh. Doakan kami!!

Related Posts with Thumbnails