Demascus di Majlis Raya JIM Klang

Pada 26 Oktober yang lalu, Demascus telah dijemput untuk memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jemaah Islah Malaysia(JIM) Klang bertempat di Sekolah Rendah Islam Hira’. Demascus tanpa kehadiran Iki bertolak ke Sekolah Hira’ menaiki kereta baru BMW Viva Edry yang baru sahaja dibeli.

Tepat pukul 2 petang, Demascus tiba dan solat Zohor di Masjid Batu Belah, Klang. Menanti saat program dimulakan, Demascus menjamu hidangan yang telah disediakan. Sebanyak 8 gerai makanan untuk dijamu oleh para tetamu yang hadir.

Berbeza dengan persembahan2 Demascus sebelum ini, kami bukan sahaja menyampaikan persembahan nyanyian sebanyak 3 lagu, tetapi Edry dan Fa Demascus menjadi DJ jemputan untuk memeriahkan majlis yang berlangsung selama 3 jam setengah itu. Demascus memulakan persembahan dengan lagu Lebaran Ini, Satu Pagi di Hari Raya dan Hijrah diselangselikan dengan lagu2 raya yang diputarkan Dj Edry dan Dj Fa. Sambil memeriahkan majlis, mereka juga memberi peluang kepada pengunjung2 yang hadir untuk memberi ucapan raya kepada sesiapa sahaja.Adik-adik dari sekolah hira’ juga diberi peluang untuk ditemubual dan menyanyi bersama Demascus.

Terima kasih atas jemputan pihak penganjur, kami Demascus sangat terharu dengan layanan yang diberikan. Semoga kita berjumpa lagi di waktu yang akan datang insyaAllah.



Antara makanan yang dijamu kepada hadirin..


Miff memainkan lagu-lagu raya dari laptop beliau.

Adik2 yang terpegun dengan laptop mahal Miff.

Adik2 Hira' mengambil signature Demascus.

Adik berbaju coklat mencuba gaya rapper Edry.

Sessi menemubual adik-adik Hira'.

Edry membacakan ucapan-ucapan raya daripada tetamu yang hadir.



Amal di bilik rehat yang disediakan pihak penganjur.


Related Posts with Thumbnails