AssalamualaikumPada hari Sabtu, 4 April yang lepas, Demascus telah membuat persembahan di Makan Malam Gaza, anjuran Kelab Bahasa Arab dan gabungan 13 kelab yang lain.
Alhamdulillah, Demascus berjaya menyampaikan 3 buah lagu termasuk sebuah lagu duet bersama kumpulan rap 5forty2. Lagu-lagu yang didendangkan adalah Menggapai Harapan, We Will Not Go Down , dan Balada Palestine(duet dengan 5forty2).
Menggapai Harapan adalah sebuah lagu yang bertemakan Palestine, ciptaan Akmal Mirwana dan lirik oleh Edry Demascus. Lagu Menggapai harapan adalah lagu asal Nur Ramadhan yang telah diubah lirik untuk disesuaikan dengan tema. InsyaAllah lagu Menggapai Harapan versi studio akan disiapkan dalam masa terdekat.We Will Not Go Down pula merupakan sebuah lagu asal nyanyian Michael Heart yang sangat popular sejak kebelakangan ini. Walaupun bukan muslim, tapi beliau telah mencipta lagu yang sangat menyentuh hati ini dan pendengar boleh memuat turun secara percuma di website beliau.
Lagu Balada Palestine adalah dendangan kumpulan 5forty2 dan bahagian chorus dinyanyikan oleh Demascus. Untuk versi yang ada di dalam website 5forty2, bahagian chorus Demascus tidak dimasukkan lagi. InsyaAllah kami akan masuk ke studio utk merakamkan bahagian tersebut.Semoga Palestine akan diberikan pelindungan oleh Allah , dan kita haruslah memberikan pertolongan semampu yang boleh untuk memberikan kekuatan kepada rakyat palestine dan ummah sejagat amnya.
Sekiranya ada yang mahu menjemput Demascus untuk membuat persembahan, bolehlah menghubungi Huzaifah(somehow85@yahoo.com) atau Edry (wacko_ghetto@yahoo.com). Wassalam















0 comments:
Post a Comment