Demascus dalam album kedua Mirwana!

Assalamualaikum sahabat2

Ramai yang tertanya-tanya tentang album Mirwana yang kedua,bila akan diterbitkan? Sudah siap atau belum?

Alhamdulillah,berita daripada Akmal Mirwana bahawa kesemua 11 buah lagu telah pun siap di rakam dan kini melalui proses Mixing dan Mastering di studio Greg Henderson.

Untuk pengetahuan sahabat2, Demascus juga terlibat untuk salah satu lagu dalam album Mirwana yang akan datang. Lagu berjudul " Bukti Cinta" menampilkan Edry yang menyanyikan bahagian rap dalam lagu tersebut. Demascus juga menyumbangkan lirik untuk bahagian korus lagu Bukti Cinta.

Mesej lagu Bukti Cinta adalah mengenai isu Gaza dan persoalan,apakah usaha dan bukti kita sebagai muslim untuk membantu rakyat Palestine?Bukan sekadar kata-kata kosong, tetapi perlu dizahirkan dengan beribadah dan cinta kepada Tuhan yang Esa.
Bukti Cinta dipersembahkan dalam bentuk pop moden dan di adun dengan bunyi seruling oleh MOHAR.

Secara keseluruhannya, album Mirwana yang terbaru akan menampilkan muzik yang jauh lebih matang daripada album yang pertama, bunyi yang lebih antarabangsa dan nyanyian yang lebih dinamik.Walaupun beberapa lagu seakan-akan bunyi BoyzIIMen, tetapi Mirwana bijak dalam menonjolkan karakter vokal solo dan berkumpulan mereka.Seperti yang pernah Akmal Mirwana katakan bahawa Mirwana mahu mempersembahkan nasyid yang lebih 'advance', terbukti dalam album kedua mereka ini.

Kalau mahu dengar lagu Bukti Cinta dan lagu-lagu lain yang terkandung di dalam album Mirwana-Bumi Akhir Usia, janga lupa dapatkan album tersebut yang akan berada di pasaran selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Untuk sahabat-sahabat, kami lampirkan lirik bahagian rap oleh Edry dan korus lagu Bukti Cinta.

Rap*(nukilan Edry)
Kau boleh susun kata cinta seindah rumi
Kau boleh gambarkan dengan kata seluas bumi
Tapi hakikat terlihat tak hanya ucapan dan ungkapan
Jika zahir tak menunjuk jalan
Amalam yang jadi bukti cinta sejati
Bukan cuma ayat manis atau coret puisi
tapi hati terisi iman tak belah bahagi
Menjelma jadi perjuangan tak kenal berhenti
AKhlak menjadi cermin
Tuhan sentiasa hadir bukan sekadar Ratib
Cinta hiasi bibir diselak tabir jiwa
wajahnya pada tindakan serlahkan rupa cinta
bukan palsu solekan

Korus
Derita sengsara yang memusnah jiwa
Dengan tabah kau harungi jiwa
Tiada rintihan tiada rungutan
Tempuh halangan

Darah yang mengalir
Membasahi bumi
Namun langkahmu takkan terhenti
Demi mperjuangan demi menegakkan
Kalimah Tuhan

0 comments:

Related Posts with Thumbnails