Demascus @ Majlis Berbuka KLIUC


Assalamualaikum sahabat2 Demascus.

Pada 9 September yang lepas, Demascus telah membuat persembahan sempena Majlis Berbuka Puasa anjuran Drum Circle Club,KLIUC dan Chow Kids dari Yayasan Salam Malaysia bertempat di Dewan De Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya Presint 10.Tema pada malam tersebut ialah "Humanity Through Charity" .

Demascus telah menyampaikan dua buah lagu bersesuaian dengan suasana majlis makan malam, berjudul Nur Ramadhan dan Semalam.Bersama-sama dengan Demascus pada malam tersebut ialah Mirwana, Ana Raffali, kumpulan Drum Circle dari KLIUC, E-Man dan kumpulan nasyid KLIUC, An-Nur. Mirwana menyanyikan dua buah lagu berjudul Hikmah Kembara dan Seruan Lima Waktu.

Alhamdulillah, persembahan berjalan dengan lancar. PA sistem tidak lah sebaik konsert dan kurang dapat didengari secara jelas terutama hadirin di belakang. Tapi secara keseluruhannya tidak kelihatan cacat sepanjang persembahan oleh semua artis berlangsung.

Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemput kami membuat persembahan, dan juga kepada kumpulan Mirwana yang bersama-sama kami membuat penampilan di malam tersebut.Tidak dilupakan kepada Kamz dan Syadiyah yang menemani Demascus sepanjang program tersebut berjalan.

Semoga Allah memberikan keberkatan pada majlis-majlis sebegini di bulan yang mulia ini, amiin.


1 comments:

atrn said...

Terima kasih kepada kumpulan Demascus kerana sudi hadir ke event kami. Saya, Fatin Syarmimi Hasan, selaku artist manager untuk event "Humanity Through Charity" mewakilkan semua committee ingin memohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang event ini berlangsung. Diharap selepas ini, kte dapat bekerjasama lagi. InsyaAllah.. n
"Selamat Hari Raya", Maaf zahir dan batin, ikhlas dari saya dan warga KLIUC

Related Posts with Thumbnails