Assalamualaikum warahmatullah
Kepada sahabat-sahabat sekalian,
Alhamdulillah,lagu Tidur Bangun Dengan Nama-Mu telah pun menemui pendengar-pendengar di radio Indonesia.Setakat ini, lagu Tidur Bangun Dengan Nama-Mu (TBDN) mula diputarkan di beberapa radio Jakarta, termasuk Radio SUARA AS SYAFI’IYAH -, Jakarta 95.5, RASfm RADIO ALAIKASSALAM - Jakarta 89.5 , dan SPAfm RADIO SUARA PULO AIR , Sukabumi - Indonesia.
Lagu TBDN juga akan mula ke ruang udara IKIM.fm dalam masa terdekat,paling awal 2 minggu insyaAllah.Walaupun telah lebih 2 tahun lagu TBDN dirakam, tetapi Demascus ketika itu belum bersedia untuk menyiarkan di radio atas beberapa faktor.
InsyaAllah, beberapa radio seperti Muzik.fm,TRAXX.fm, dan beberapa yang lain terbitan RTM juga akan menyiarkan lagu TBDN jika tidak ada halangan.
Lagu Nur Ramadhan juga dikhabarkan oleh DJ2 di stesen radio tadi akan dikeudarakan di awal Ramadhan kelak,insyaAllah.
Kini, Demascus sedang dalam proses untuk menyiapkan sebuah 'cover song' yang dijadualkan akan siap sebelum ramadhan nanti. Lagu Balada Palestine yang dinyanyikan oleh 5Forty2 akan diterbitkan semula dengan penglibatan Demascus dalam masa terdekat ,insyaAllah. Lagu tersebut juga adalah dalam proses terakhir iaitu mixing dan mastering.
Demascus masih tidak merancang untuk menerbitkan sebarang album atas faktor kewangan dan masa, tetapi bersedia untuk menerbitkan lagu-lagu "single" utk diperdengarkan kepada sahabat-sahabat dan umum. Jika ada rezeki,masa,dan material yang berkualiti untuk dihimpunkan dalam satu album, tidak mustahil satu hari nanti usaha yang baik ini akan menjadi kenyataan.
Sahabat-sahabat kami seperti kumpulan 5Forty2 juga sedang dalam perancangan yang agak agresif,nantikan kemunculan mereka,InsyaAllah.
Semoga Allah memberikan kekuatan untuk kita terus istiqamah di jalan yg baik2, dan teguran ,nasihat dan sokongan dari kawan2 amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.
http://demascus.blogspot.com
* Untuk mendengar lagu TBDN, taip tidur bangun demascus di youtube.
*Untuk mendengar lagu Nur Ramadhan,taip nur ramadhan demascus di youtube.