Persembahan Pembukaan Untuk Showcase Native Deen
Native Deen sebuah kumpulan daripada US bakal membuat showcase pertama di Malaysia pada 25 Februari ini bertempat di Cultural Activity Centre International Islamic University Malaysia. Tiket showcase anjuran bersama Nizal.com, Raudhatus Sakinnah dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia boleh dibeli melalui www.tickethotline.com. Harga tiket terbahagi kepada tiga iaitu RM55, RM75 dan juga Rm105.
Menariknya, Demascus telah dijemput sebagai artis untuk persembahan pembukaan showcase Native Deen di Malaysia. Jadi buat mereka yang berminat, boleh la beli tiket ini secara online atau hubungi pihak penganjur di nombor telefon 016 276 6420 atau 012 315 3988.





sudah kongsi juga tentang program ni di blog saya.. siap ada backlink ke post ni lagi.. jemput lah tengok ye.
Terima kasih ^_^. Jemput datang sekali ya.