Video Persembahan di Native Deen Showcase UIA
Alhamdulillah selesai sudah persembahan Demascus di Native Deen Showcase bertempat di C.A.C. Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak pada malam semalam. Terima kasih diucapkan buat mereka yang sudi hadir pada malam tadi. Apa yang pasti penonton showcase pada malam tadi sungguh sporting dan bertenaga. Buat pengetahuan semua juga, saudara Ekey, salah seorang ahli Demascus, memohon maaf kerana tidak dapat bersama kami untuk persembahan tadi atas sebab kesihatan. Moga beliau akan cepat sembuh untuk persembahan Demascus yang akan datang.
Bagi yang tak berkesempatan melihat persembahan kami sebentar tadi, anda boleh saksikan ia di Youtube Official kami:




